Assalamualaikum untuk semua pembaca yang saya hormati. Syukur alhamdulillah hari ini telah masuh hari ketiga kita berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda?? Bertenaga dan sudah mula menunjukkan tanda-tanda keletihan??
Pagi ini saya ingin berkongsi sedikit tips berpuasa dan pantang larang ketika anda bersahur. Jangan terkejut ya kerana ada pula pantang larang ketika bersahur. Bukan apa, tips ini saya ingin kongsikan supaya anda kekal bertenaga untuk berpuasa.
Berikut adalah pantang larang yang perlu anda elakkan ketika anda bersahur ya, jemput baca :
(1) Jangan mengambil gula / manisan
Gula merupakan sejenis sukrosa, karbohidrat sederhana yang mudah diserap di saluran pencernaan.Setelah memasuki perut, gula akan diserap dan meninggikan kadar kandungan gula dalam darah beberapa minit setelah makan sahur dengan segera. TETAPI, dalam tempoh beberapa jam kemudian, kadar kandungan gula dalam darah akan turun dengan drastik dan menyebabkan anda mudah rasa lapar sekiranya hari masih pagi
(2) Jangan mengambil kafein seperti kopi / teh
Menjadi kelaziman bagi rakyat Malaysia untuk mengambil kopi atau teh yang panas, manis dan pekat ketika bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini perlu dielakkan kerana bukan sahaja gula di dalam minuman akan menyebabkan kita cepat lapar di siang hari, malah teh dan kopi memiliki KESAN DEURATIK yang akan merangsang pengeluaran air kencing. Semakin pekat teh atau kopi yang anda minum, semakin banyak cairan dan elektrolit yang akan terbuang sia-sia. Akibatnya, badan akan menjadi dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus.
(3) Elakkan mengambil makanan segera / makanan dalam tin
Makanan segera seperti mee segera ( maggi ) memang mudah dan cepat disediakan TETAPI daripada segi kandungan nutrisi boleh dikatakan hampir tiada. Makanan dalam tin biasanya mengandungi bahan tambahan seperti pengawet, garam dalam jumlah yang banyak dan penguat rasa. Tambahan makanan segera tidak dapat memberikan
tenaga berpanjangan yang kita perlukan di siang hari.
tenaga berpanjangan yang kita perlukan di siang hari.
(4) Elak minum air banyak ketika bersahur
Ramai yang mengambil langkah untuk minum air yang sangat banyak ketika bersahur kerana khuatir dengan masalah dehidrasi. Apabila anda minum air dengan kuantiti banyak pada masa sahur menyebabkan perut terasa cepat kenyang dan pundi kencing akan menjadi cepat penuh. Akibatnya, anda akan kerap buang air kecil di waktu pagi dan mula mengalami dehidrasi
Untuk membantu anda mendapatkan sahur yang berkualiti, berikut beberapa panduan bersahur yang disarankan.
PANDUAN SAHUR
(1) Mengambil makanan tinggi serat dan karbohidrat kompleks
Karbohidrat komples seperti nasi dan serat daripada buah dan sayuran boleh membekalkan tenaga sehingga siang hari. Serat daripada buah dan sayur pula akan menyebabkan penyerapan gula menjadi lebih perlahan sehingga kadar kadar kandungan gula dalam darah kekal lebih lama sehingga siang hari. Selain itu, serat akan bertahan lama di dalam perut dan memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
(2) Mengambil makanan/ minuman tinggi protein
Protein dapat memberikan kesan kenyang yang lebih lama berbanding karbohidrat seperti nasi atau gula. Setelah diserap dalam salur pencernaan, asid amino protein perlu diubah kepada gula terlebih dahulu sebelum digunakan menjadi tenaga. Proses ini memerlukan tempoh beberapa jam yang menyumbang kepada rasa kenyang yang lama. Anda juga boleh mengambil ESP atau Cinch Shake sebagai sumber protein anda. Dan ya memang betul pengambilan protein memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama. Boleh juga membantu anda untuk berdiet
(3) Mengambil jus buah-buahan
Jus buah-buahan tanpa gula adalah minuman yang sihat. Selain memberikan serat, jus buah juga memberikan vitamin, mineral dan antioksida. Mungkin anda boleh juga blend buah-buahan segar ini dengan mencampurkan sedikit ESP bagi rasa yang lebih lazat.
(4) Minum air di waktu malam
Seperti bulan selain ramadhan, anda perlu mengambil air kosong minima 3 liter sehari untuk mengekalkan hidrasi badan. Cara yang terbaik adalah untuk minum sedikit demi sedikit sepanjang malam bermula selepas berbuka sehingga sahur. Anda boleh sediakan sebotol air kosong dan letakkan di tepi katil supaya anda boleh minum setiap kali terjaga.
(5) Amalkan meminum Performance Drink Shaklee
Sejak 3 hari lalu saya telah mula mengamalkan minuman isotonik Shaklee ini. Alhamdulillah Performance Drink ini telah membantu mengelakkan dehidrasi di dalam badan saya di samping memberikan saya tenaga yang berpanjangan di siang hari ketika saya berpuasa.
Panduan yang dikongsikan ini boleh diamalkan oleh semua lapisan termasuk kanak-kanak dan juga ibu menyusu. Diharapkan perkongsian ini juga akan membantu anda berpuasa dengan lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari ketika bulan Ramadhan. In Shaa Allah bila anda bertenaga anda juga akan dapat menjalankan ibadat anda dengan baik.
Sebarang pembelian mahupun pertanyaan berkenaan Shaklee boleh hubungi saya seperti talian di bawah :
Fiza
sms / whatsapp 012-5252257
atau
email : fizasalleh83@gmail.com
*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or preven any disease.
0 comments:
Post a Comment