Meal Shake Shaklee Berjaya Tambah Selera Makan Anak Saya

Bila dah jadi mak ni, benda paling utama yang paling kita ambil berat ialah kesihatan anak-anak. Bila anak sihat barulah hati mak tenang. Betul, dan itulah yang saya rasai bila dah mempunyai 3 anak.

Dahulu anak sulung saya Irfan sangat cerewet bab makan. Nak menyuapkan Irfan sesuap nasi bukan benda mudah. Harus saya mengejar dan bertempik barulah Irfan duduk diam dan makan. Irfan juga kerap demam..boleh kata hampir tiap bulan saya dan suami akan bawa Irfan ke klinik. Irfan juga ada asthma mewarisi penyakit saya ketika saya kecil dahulu. Risau dengan keadaan ini, saya ambil inisiatif untuk google apakah yang boleh saya berikan untuk meningkatkan selera makan anak saya sekaligus memberi kesihatan yang lebih baik untuk Irfan.

Alhamdulillah saya terjumpa blog upline saya Mommy Tuty (Mychibibox). Saya jumpa jawapan yang saya cari-cari selama ni. Mommy Tuty cadangkan saya untuk beri Irfan Meal Shake. Selepas seminggu beri Irfan Meal Shake Shaklee, saya nampak kesan positif pada Irfan, beliau lebih berselera untuk makan, kurang demam dan kurang diserang asthma lagi. Boleh refer testimoni saya terdahulu di SINI.


Testimoni Meal Shake Shaklee
Irfan sebelum dan selepas mengamalkan Meal Shake Shaklee...pipi lebih tembam...hehehe

Saya memang amat berpuashati dengan Meal Shake Shaklee ni, dan saya amat-amat mengesyorkan Meal Shaklee ini kepada semua ibu bapa yang mempunyai masalah seperti Irfan. Kini saya juga masih meneruskan Meal Shake untuk anak kedua saya Imran dan anak ketiga saya Izara.

Oh ya sempena bulan Mei ini, Shaklee menawarkan pembelian Buy 6 Free 1 Meal Shake kepada anda. Pilihan yang lebih jimat. Boleh kumpul order dengan kawan-kawan mahupun adik beradik anda. Tawaran ini hanya sah sehingga 31 Mei 2014 sahaja. So ada lebih kurang 5 hari lagi.

Dapatkan ia dari saya sekarang!!! Hubungi saya :

Fiza
sms / whatsapp 012-5252257
atau 
email : fizasalleh83@gmail.com

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or preven any disease.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...