Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan??

Salam jumaat semua, Penghulu segala hari...moga diberkati hidup kita hendakNya pada hari ini. Tidak lupa juga untuk memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Hari ini saya nak share sedikit dengan anda mengenai faktor yang menyebabkan pengambilan vitamin tidak memberikan kesan kepada tubuh seseorang. Ramai yang merungut ambik vitamin dalam tempoh masa sebulan tapi tak da kesan. Dah la beli mahal. Ok ok jom kita baca sekarang :


  • Pengambilan air kosong
- saya percaya ramai orang yang tak ambik pot pun pasal pengambilan air kosong ni. Malah ramai yang suka minum minuman manis atau yang berwarna. Tapi sebenarnya kita lupa bahawa air manis boleh meningkatkan kepekatan  darah dan menyebabkan kegemukan.
- kita digalakkan untuk minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk membantu penyerapan vitamin yang lebih baik.
- air putih penting untuk detox berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan dari badan


  • Makan vitamin terlalu banyak dalam satu masa
- ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu, lebih-lebih lagi sebelum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda juga kurang mengambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil
- dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai bila anda membeli
- cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan anda supaya kepekatan darah anda tidak meningkat secara mendadak pada satu-satu masa.
- dalam masa yang sama kita juga sedang membantu buah pinggang agar tidak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan kerana makin kurang air makin terbeban ginjal untuk memproses.

  • Pengambilan kafein
- pengambilan kafein boleh mengganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil.
- kafein jika diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran kepada khasiat vitamin yang diambil dan vitamin sendiri akan rosak

  • Pengambilan vitamin bersama ubat
- jika anda masih di dalam pengawasan doktor dan bercadang untuk mengambil vitamin pada masa yang sama sila elakkan mengambil keduanya dalam masa serentak.
- ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya
- sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 atau 3 jam

  • Tidak konsisten dalam pengambilan vitamin
- ini kes kalau rasa nak makan baru makan kalau malas tak nak makan.
- ada yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesan
- penting untuk anda faham, kesan supplement ke atas tubuh badan kita adalah perlahan.
- ramai juga orang yang tidak pernah mengambil sebarang supplement sebelum ini akan mengalami healing crisis selepas mengambil Shaklee.
- jangan risau kerana ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan.
- beri masa pada tubuh badan anda antara 3 - 6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesanannya.
- ikuti peraturan dan pengambilan supplement dan minulah 3 liter air sehari

  •  Pantang larang makan vitamin
- ada dikalangan pelanggan Shaklee yang tidak mengikut pantang larang atau cara makan vitamin itu sendiri
- contohnya Vitalea tidak boleh diambil bersama dengan susu kerana multivitamin yang lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi.
- contoh lain vitamin E tidak boleh diambil dengan alfalfa kerana ia akan mengganggu penyerapan vitamin E.


Untuk itu, jika anda mahukan kesan pengambilan vitamin secara optimum, cuba elakkan perkara di atas. Paling penting dapatkanlah jadual pemakanan vitamin yang betul dari penjual, jika tidak anda juga yang akan rugi.

Saya harap sharing di atas dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk anda mendapatkan kesan yang optimum bila anda memilih Shaklee.

Nak order / beli Shaklee??
boleh hubungi saya secara direct ye

Fiza
sms / whatsapp 012 - 5252257
atau
email : fizasalleh83@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...