Kenapa Saya Suka Set Menyusu Triple M (3M)

Assalamualaikum dan selamat malam..hari ini saya bersiaran malam pulak, selepas seharian saya menguruskan hal keluarga dan rumahtangga. Saya curi sedikit masa yang ada untuk mengupdate blog kesayangan saya ini.

Hari ini saya nak berkongsi dengan pembaca, pengalaman saya mengambil Set Menyusu Triple M atau lebih dikenali sebagai Set 3M. Secara jujurnya saya mula mengenali Shaklee sejak mengandungkan anak saya yang ketiga Izara. Saya rasa terpanggil untuk menyusukan anak saya yang ketiga dengan susu ibu. Kedua anak saya yang terdahulu iaitu Irfan dan Imran tidak berpeluang merasai susu ibu dengan banyak. Untuk itu saya telah nekad untuk menyusukan anak saya Izara dengan susu ibu.

Untuk makluman pembaca sekalian, saya telah melahirkan ketiga-tiga anak saya dengan kaedah pembedahan. Jadi agar sukar sedikit pergerakan saya semasa di awal kelahiran. Tapi itu tidak mematahkan semangat saya. Sejak di awal kehamilan yang ketiga ini, saya telah mula mengambil vitamin Shaklee kerana masalah HB saya. Pada awalnya, saya telah disyorkan untuk mengambil Vitalea, B Complex dan Vitamin C 500mg. Alhamdulillah sejak mengambil ketiga-tiga vitamin ini HB saya terus naik sehingga tiba masa saya melahirkan.

Semasa di dalam pantang saya tidak mengambil sebarang jamu seperti mana adat orang melayu, saya telah mengambil Set Menyusu 3M yang mana ia hampir sama dengan Set Pantang Shaklee cuma tiada Zinc sahaja untuk penyembuhan luka. Alhamdulillah seawal hari pertama kelahiran saya telah mula mengambil vitamin-vitamin ini dan hasilnya badan saya sentiasa cergas walaupun kurang tidur kerana menjaga bayi yang kerap menangis di tengah malam. Susu badan juga semakin meriah...Tercapai juga hasrat saya ingin menyusukan anak saya Izara dengan susu ibu.

Oh ya mungkin ada dikalangan pembaca yang tidak mengetahui apakah kandungan Set Menyusu Triple M ni kan? Ok untuk Set Meyusu 3M ini ia mengandungi 6 vitamin / supplement yang sudah tentu mempunyai fungsi yang berbeza. Kandungan set ini ialah :

Vitalea – Lengkap dengan multivitamin dan mineral bagi menampung lopong-lopong keperluan nutrisi harian. Diformulasi dengan Iron ( Zat Besi) yang merupakan antara nutrisi penting dalam pertumbuhan bayi anda.

B-complex – Penyusuan berkait rapat dengan emosi ibu itu sendiri. Jika ibu stress dan emosi tidak stabil, susu akan merudum. B-complex memainkan peranan sebagai anti-stress serta penenang perasaan di samping memberikan tenaga

Vitamin C – Meningkatkan antibody badan ibu serta bayi. Ibu yang sering jatuh sakit sedikit sebanyak akan mempengaruhi kekuatan badan dalam penghasilan susu badan.

Alfalfa – Gudang segala zat serta dikenali sebagai raja segala tumbuhan. Alfalfa mengandungi galactalogue sebagai penggalak susu badan.

OsteMatrix – sumber kalsium bagi membantu pembentukan tulang bayi anda. Kalsium juga antara kandungan utama dalam susu badan dan sangat penting terutama ketika anda datang haid. Jangan tidak tahu yang susu merudum ketika period yea.

ESP – Protein adalah komponen utama dalam penghasilan susu badan dengan labih cepat di samping air, lemak dan kalsium.

Saya sangat-sangat berpuas hati dengan Set Menyusu 3M ini. Saya juga akan mengesyorkan pada anda set ini untuk anda yang berhasrat menyusukan anak anda dengan susu ibu sepenuhnya.



Jika anda mahu mencuba atau membeli Set Menyusu 3M ini pada tawaran harga yang istimewa, sila hubungi saya di :


Fiza
sms / whatsapp 012-5252257
atau
email : fizasalleh83@gmail.com

kredit : Mychibibox

*These statement have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These product are not intended to diagnose, treat, cure or preven any disease.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...